Thursday, January 24, 2019

Update pertama di tahun 2019

Assalamualaikum semua!!! Wah tetiba kan muncul balik. Pejam celik pejam celik dah masuk tahun 2019 dah, tahun ni umur aku 32 tahun, dah kertu dah mek... hahahaha!!! Mikhail pun dah 12 tahun tahun ni, tahun depan dah sekolah menengah, ada rezeki sambung U, habis U  kerja pulak, lepastu kahwin, tinggal la ibu n ayah berdua jer nanti, Madiha pulak tahun ni 6 tahun.

Kemain posing silang kaki

Tahun ni jugak Mikhail UPSR, minggu ni sekolah dia dah start ujian diagnostik, hope boleh la jawab semua soalan, penat ibu malam2 tolong ajar buat revision, tuisyen pun ada pergi jugak, dekat sekolah dia jer, setiap hari isnin sampai jumaat lepas habis sekolah n ahad. 

Buat persembahan dekat sekolah

Harapan aku untuk tahun 2019 ni semoga  makin banyak dapat job buat video, Mikhail lulus exam, rezeki makin bertambah n sentiasa sihat tubuh badan, sebab lately ni aku selalu rasa sakit2 badan especially kat kaki aku, malam jer dia berdenyut2, tak tahu la kenapa, ingat nanti nak pergi check la, takut jugak mana tau ada penyakit lain ker sebenarnya. Ok la, itu jer kot nak cerita, nanti ada masa sambung lagi, byeeeeeee...... 


SILA KOMEN KALAU RAJIN TEKAN LIKE PUN BOLEH